Sunday, February 22, 2009

Pengsan Kene Cium!


HUGH JACKMAN

GARA-GARA dicium oleh Hugh Jackman, seorang wanita pengsan kerana terkejut.

Kejadian berlaku ketika aktor yang meraih gelaran lelaki terseksi dunia 2008 itu menghadiri program temu bual The Tonight Show di Los Angeles.

Wanita itu merupakan salah seorang krew program tersebut.Segalanya bermula apabila seorang rakan Jackman memberitahu, wanita itu tidak dibenarkan bergerak dari tempat dia bekerja, Jackman lalu membuat kunjungan mengejut bagi menemui perempuan itu.

Jackman sebenarnya merasa kasihan kepada wanita itu kerana pada hari tersebut adalah hari jadinya.

Apabila bersua, Jackman lalu mencium bahagian lehernya menyebabkan wajah wanita itu kemerah-merahan menahan malu lalu tidak semena-mena, dia terus pengsan ke dalam rangkulan Jackman.

Menurut laporan majalah National Enquirer, Jackman kemudian menjerit dengan kuat. "Alamak! Seseorang bantu saya! Saya rasa wanita ini sudah pengsan!"

Wanita itu kemudian diberi bantuan kecemasan dan selepas dia kembali sedar, dia dengan penuh ceria merakam gambar di samping Jackman.

No comments:

Post a Comment